..

Friday, March 6, 2009

Rahsia Tauge

Di kala kebosanan di sekolah, br sat td mkn kt kantin tp punyalah seksa nk mkn sbb terpaksa mengasingkan tauge dlm bihun goreng. Biasa kalau order, mmg mintak "bihun goreng xnk tauge ye "=) aku bkn non-vegi, sayur + ulam awet muda layan je tp 'tauge2' ni lemah sket nk telan. kluar blk nnt. Kalau kt rumah mak yan mmg dh tau. Ada 2 version. 1 keuw teow bertauge n 1 keuw teow xda tauge. bnyk songeh btul kn..So nasebla sape mkn resepi ckgu kiah..alamatnya mkn kuewteow tanpa tauge la jwbnye..
Tetiba teringat emel dr hosmet lama. Rahsia tauge:

• Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.
• Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
• Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
• Terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
• Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
• Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
• Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
• Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
• Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
• Membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
• Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. So, selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya! Tp apakn daya aku xmampu nk telan=p

9 comments:

Mahadi said...

ptutla kdg2 tu asek serba tak keene je. tak makan togey rupanya...

=)

Mohd Taufik said...

hmm....taugeh tu anak pokok kacang kan? ko tak makan ke cik ina? sedap la...

Am said...

[lompat masuk side tak makan tauge dalam kuew teow]

Tauge hanya untuk cucur tauge sahaja (atau pasembur)!!! Kalau masuk dalam mi lagi susah nak perasan sebab.

cIk iNa said...

Mahadi: Apa kena mengena serba xkena dgn tauge..Ade kaitan dgn 'estrogen' eh =)

Mohd Taufik: agaknya kot.sedap la bg ko?
sama gak konsep ensem di matamu xensem dimataku..boleh ke cm 2?=p

Am: wah..lompat melompat mau join the club ke?
Perasan 'sebab'..apekah?

Mahadi said...

estrogen, pms, etc... aiya, sendiri tulis blog, sendiri tak perasan ke..kene adakan kempen hari makan togey nih, promote skit sayur yang kdg2 best, kdg2 tak best.

cIk iNa said...

Mahadi: Oh ye..ni la akibat meng 'copy paste' kn..hehehe.
Lg pn bab pms tu xamik pot sgt pun, highlight tang kesuburan,kanser,antioksida and bla2...=)

dijahsaad said...

Chup.chup..makan taugeh pon PMS gak lah..hihihih *kak dijah membela diri, dan cuba membela ina* haha

along said...

wei...
ampak gayanyer cpt ler tulang kamu reput ek...pas tu nanti mesti mia n haikal lbt dpt cousin....he..he...hidup toge...
tapi kalau i yg masak, mintak maap le bebanyak nak masak 2 jenis. with n without toge..mak su telan jer ler....

cIk iNa said...

dijahsaad: hehe.thnx.ha btul3..mkn taugeh pun xmkn saman gak.hehe.

along: u mmg xsyg mulut.mmg la lmbt dpt cousin sbb kawen pun blum lg..apedaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...