..

Friday, December 23, 2011

Aqiqah Iman

Majlis Aqiqah Muhammad Iman di Teluk Intan



cinta hati kami..\(^_*)/
huaa..mama dah bam-bam.sama naik dgn abah Iman



buaian in making special by Abah Iman..buaian impian mama Iman tak kesampaian =(..xpe kite simpan tuk adik Iman nanti ye =p



naik buai



Iman wif nenek's



SEdikit Info tentang Aqidah..Amat berguna bagi bakal2 mummy & daddy.
Baru saya tau, sunat dibuat hari ke7, daging kena masak manis2.umur kambing kena 2 tahun.xboleh bunting..oooooo.teruknya saya..walaupon budak taayah..hikhik..
ye la dulu ngaji banyak sangat kitabnya..xsempat nk khatam sume....huhu..

Hadith Aqiqah
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah adalah sembelihan binatang an’am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Waktu aqiqah

1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.

2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Syarat-syarat melakukan aqiqah

1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.

2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.

3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.

4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah

1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.

2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.

5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

Tuesday, December 13, 2011

Labour room

Alhamdullilah ..segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam..


Setelah 17 jam berperang di labour room akhirnya tanggal 1.12.2011, jam 7.16pm, khamis , lahirlah seorang putera sulung kami seberat 3.16kg iaitu
'Muhammad Iman Bin Khairil'.


Lamakan contraction saya.Actually petang rabu tu dah mula rasa sakit2 macam senggugut.Tapi still boleh tahan..sempat lagi pegi shopping kat kuala nak cari skirt. Then malam kul 9 dah masuk tido tapi tak boleh lelap..perut ni sakit every 1hour- 30minutes then 15 minutes..
kol hubby cakap macam dah sakit2 dah tapi xtau la sakit nak beranak ke ape.haha..kot la fault contraction ke kan.pesan kat hubby suh dia standby je sebab dia tengah outstaion..huhu..

12am :kol MIL dia suh g hospital dh..sebab panel hospital kat Ipoh.tapi saya macam teragak2 nak pegi.sempat wat solat hajat, ngaji kejap..tapi ngaji pon separuh jalan sebab sakit sangat2.air mata dah meleleh-leleh menahan sakit..

terus kejut mak abah cakap dah sakit..

1.30am : gerak ke ipoh..

2am :sampai hospital terus masuk labour room sebab nurse nak check.
salin baju sume then dia sambung mesin check contraction dah kerap sgt..
so ape lagi upacara seluk menyeluk pun bermula la.huhu..tapi yang pelik bukaan baru 1 cm.2kali dia seluk sebab mcm ade meconium.terus dia kol dr.mimin to make sure that.

4am :dr.mimin sampai.kalau betul meconium dia kata kena ceaser cepat..takut baby tertelan najis....saya dah gelabah smcm..then dia try pecah kan air ketuban..if clear, thats mean no meconium..
syukur alhamdullilah memang clear...so boleh bersalin normal. doktor budget dalam petang esok dah boleh bersalin.sebab anak 1st selalunya 1cm per hour.huhu..lamanya nak kena tunggu.tp ok la..smpat nak tunggu hubby sampai dr k.l.

6.30 am : terpacul muka hubby..hihi..leganya la.tercapai jgak hasrat nak bersalin suami ade disisi =D

12 pm : dr mimin check , bukaan br 4 cm..huh..lambat lagi nak kena tunggu.
3 pm nurse dh masuk air dan induce ubat..tapi saya request induce sket je sebab takut xtahan sakit .

4 pm : contraction makin kuat sampai macam dah surender je nak ceaser.
sepatutnya time ni la baru saya g hospital..haha, xdela lama sangat duk dalam labour room kan..
time ni la katil besi macam nak roboh..hubby pon dah kena tumbuk dengan saya sebab xtahan sakit.hihi..mujur ada MIL n hubby dalam labour room tlg urut belakang, gosok perut lap badan sume..mak tunggu kt luar sbb dia xberani tgk saya tgh sakit.

6.30pm : dr.mimin turun, check bukaan..alhamdulillah dah 9cm. Doktor dah get ready. standby sume alat.Masa tu sy punya la lega sbb dh xtahan nk menanggung sakit..cepat la baby keluar..


wah tak sangka saya masih boleh tersenyum..xsabar sebenarnya time tu..on that time nurse tengah cucuk ubat tahan sakit. doktor suggest epidural sebab lama sgt contraction.takut saya xtahan sakit. tp xpe la saya nak rasa secara normal macam mana..tp pas ni tobat..hihi.


after 1 hour..Our hero selamat dilahirkan walaupun terpaksa deliver using EPISIOTOMY method..Subhanallah rasa mcm xpercaya je bile tetibe doktor letak baby atas perut saya..Syukur Ya Allah anugerahkan bayi yg sihat , sempurna dan comel =)...


welcome dear,our baby boy "Muhammad Iman B. Khairil" ;7.16pm, 3.16 kg ..semoga menjadi anak yang soleh sayang;



get ready to discharge from ward
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...