..

Friday, December 23, 2011

Aqiqah Iman

Majlis Aqiqah Muhammad Iman di Teluk Intan



cinta hati kami..\(^_*)/
huaa..mama dah bam-bam.sama naik dgn abah Iman



buaian in making special by Abah Iman..buaian impian mama Iman tak kesampaian =(..xpe kite simpan tuk adik Iman nanti ye =p



naik buai



Iman wif nenek's



SEdikit Info tentang Aqidah..Amat berguna bagi bakal2 mummy & daddy.
Baru saya tau, sunat dibuat hari ke7, daging kena masak manis2.umur kambing kena 2 tahun.xboleh bunting..oooooo.teruknya saya..walaupon budak taayah..hikhik..
ye la dulu ngaji banyak sangat kitabnya..xsempat nk khatam sume....huhu..

Hadith Aqiqah
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah adalah sembelihan binatang an’am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Waktu aqiqah

1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.

2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Syarat-syarat melakukan aqiqah

1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.

2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.

3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.

4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah

1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.

2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.

5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...