..

Friday, December 23, 2011

Aqiqah Iman

Majlis Aqiqah Muhammad Iman di Teluk Intan



cinta hati kami..\(^_*)/
huaa..mama dah bam-bam.sama naik dgn abah Iman



buaian in making special by Abah Iman..buaian impian mama Iman tak kesampaian =(..xpe kite simpan tuk adik Iman nanti ye =p



naik buai



Iman wif nenek's



SEdikit Info tentang Aqidah..Amat berguna bagi bakal2 mummy & daddy.
Baru saya tau, sunat dibuat hari ke7, daging kena masak manis2.umur kambing kena 2 tahun.xboleh bunting..oooooo.teruknya saya..walaupon budak taayah..hikhik..
ye la dulu ngaji banyak sangat kitabnya..xsempat nk khatam sume....huhu..

Hadith Aqiqah
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah adalah sembelihan binatang an’am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Waktu aqiqah

1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.

2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Syarat-syarat melakukan aqiqah

1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.

2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.

3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.

4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah

1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.

2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.

5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

Tuesday, December 13, 2011

Labour room

Alhamdullilah ..segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam..


Setelah 17 jam berperang di labour room akhirnya tanggal 1.12.2011, jam 7.16pm, khamis , lahirlah seorang putera sulung kami seberat 3.16kg iaitu
'Muhammad Iman Bin Khairil'.


Lamakan contraction saya.Actually petang rabu tu dah mula rasa sakit2 macam senggugut.Tapi still boleh tahan..sempat lagi pegi shopping kat kuala nak cari skirt. Then malam kul 9 dah masuk tido tapi tak boleh lelap..perut ni sakit every 1hour- 30minutes then 15 minutes..
kol hubby cakap macam dah sakit2 dah tapi xtau la sakit nak beranak ke ape.haha..kot la fault contraction ke kan.pesan kat hubby suh dia standby je sebab dia tengah outstaion..huhu..

12am :kol MIL dia suh g hospital dh..sebab panel hospital kat Ipoh.tapi saya macam teragak2 nak pegi.sempat wat solat hajat, ngaji kejap..tapi ngaji pon separuh jalan sebab sakit sangat2.air mata dah meleleh-leleh menahan sakit..

terus kejut mak abah cakap dah sakit..

1.30am : gerak ke ipoh..

2am :sampai hospital terus masuk labour room sebab nurse nak check.
salin baju sume then dia sambung mesin check contraction dah kerap sgt..
so ape lagi upacara seluk menyeluk pun bermula la.huhu..tapi yang pelik bukaan baru 1 cm.2kali dia seluk sebab mcm ade meconium.terus dia kol dr.mimin to make sure that.

4am :dr.mimin sampai.kalau betul meconium dia kata kena ceaser cepat..takut baby tertelan najis....saya dah gelabah smcm..then dia try pecah kan air ketuban..if clear, thats mean no meconium..
syukur alhamdullilah memang clear...so boleh bersalin normal. doktor budget dalam petang esok dah boleh bersalin.sebab anak 1st selalunya 1cm per hour.huhu..lamanya nak kena tunggu.tp ok la..smpat nak tunggu hubby sampai dr k.l.

6.30 am : terpacul muka hubby..hihi..leganya la.tercapai jgak hasrat nak bersalin suami ade disisi =D

12 pm : dr mimin check , bukaan br 4 cm..huh..lambat lagi nak kena tunggu.
3 pm nurse dh masuk air dan induce ubat..tapi saya request induce sket je sebab takut xtahan sakit .

4 pm : contraction makin kuat sampai macam dah surender je nak ceaser.
sepatutnya time ni la baru saya g hospital..haha, xdela lama sangat duk dalam labour room kan..
time ni la katil besi macam nak roboh..hubby pon dah kena tumbuk dengan saya sebab xtahan sakit.hihi..mujur ada MIL n hubby dalam labour room tlg urut belakang, gosok perut lap badan sume..mak tunggu kt luar sbb dia xberani tgk saya tgh sakit.

6.30pm : dr.mimin turun, check bukaan..alhamdulillah dah 9cm. Doktor dah get ready. standby sume alat.Masa tu sy punya la lega sbb dh xtahan nk menanggung sakit..cepat la baby keluar..


wah tak sangka saya masih boleh tersenyum..xsabar sebenarnya time tu..on that time nurse tengah cucuk ubat tahan sakit. doktor suggest epidural sebab lama sgt contraction.takut saya xtahan sakit. tp xpe la saya nak rasa secara normal macam mana..tp pas ni tobat..hihi.


after 1 hour..Our hero selamat dilahirkan walaupun terpaksa deliver using EPISIOTOMY method..Subhanallah rasa mcm xpercaya je bile tetibe doktor letak baby atas perut saya..Syukur Ya Allah anugerahkan bayi yg sihat , sempurna dan comel =)...


welcome dear,our baby boy "Muhammad Iman B. Khairil" ;7.16pm, 3.16 kg ..semoga menjadi anak yang soleh sayang;



get ready to discharge from ward

Thursday, November 24, 2011

My secret lover's II

38 weeks already .. 11 more days to go..
huh ape perasaan.. ntah..nervous pon ade.xsabar pon ade.so tiap2 ari mmg xboleh miss surah maryam.macam-macam dalam kepala duk fikir.siap tinggal wasiat kt hubby lagi tuh..hihi.. semoga semuanya dipermudahkan dan sentiasa di bawah limpah rahmat kasih Mu Ya Allah..

walaupun keadaan perut si mak buyung dh semakin berat dan besar, tapi bile sebut pasal sale, baby expo, jusco, midvalley..lupa kejap kt perut.aura energy mama datang secara tiba- tiba.keke..kata suruh exercise kn..jom kite exercise sayang =p

so far semua persiapan baby dh get ready, cuma breast pump yang masih tersadai di perlis..jangan hanyut dek banjir sudah =p..beg hospital mmg dh standby 2 bulan duk dalam bonet kereta hubby. sampaikan outstation pon diangkutnya skali..mcm dia yg nak beranak plak..huhu.barang- barang baby yg lain dh siap dalam drawer mudah alih
( beli yg cosway je senang & ringan nak angkut )..
set rawatan bersalin pon dh ready cuma xtau termakan ke tak segala jamu2 tu sume..masa survey suma nye best..bila dh beli bau dia xbleh blah..huhu

ni gambar scan 4D masa balik kampung ari tu.. dh survey kt KL agak mahal compare dengan tempat kami ni..kat sini 4D scan baru RM75.tp not include cd la..tak sempat nk upload video sbb mls nk convert dari si pipah (^_8)


8 Oktober 2011. Sabtu
1st checkup ;31 weeks @ Pantai Puteri Ipoh
It's a boy.. Hubby suka sangat bila tau boy.
Alhamdullilah Hb dah mula ok.8 bulan menanggung Hb yg sgt2 low.naik jgak akhirnya.


8 November 2011. Selasa
2nd checkup ;35 weeks @ Pantai Puteri Ipoh
Doc kata dh 3kg .huh boleh tahan hero mama ni =)..
tp accuracy level dia dalam +/- 200g.



My medical practitional Dr Mimin Tarmini. The only one Muslim specialist O&G there.


p/s : dear my family, relatives, & frens..plz pray for us..hope everything will be ok..and plz do forgive me ya.
to my little hero , mama & abah always be with u sayang..see u soon dear \(^_*)/

Salam Maal Hijrah 1433.

Friday, July 1, 2011

r.i.n.d.u

saya rindu sangat pada si dia..
mmg ngada2 btul kn..mcm xpenah kena tinggal je.
tapi kali ni saya mmg surender.saya xtahan.saya rindu..rindu yg amat.
air mata xhenti-jenti mencurah ingat kan si dia.
xsempat nak lepas rindu 4 ari ditinggalkan..dia terbang plak semingggu.
hormon ibu mengandung kot.touching luar biasa. merenget macam nak susu..

abang...sayang rindu sangat2 =(


Ya Allah , kau lindungilah dia di bawah limpah rahmat kasih Mu Ya Allah.
Peliharalah imannya dan jauhilah dia daripada sebarang kejahatan dan malapetaka.Amin.

Wednesday, June 8, 2011

My secret lover's


8 April 2011.Jumaat.
Sangat teruja bila 2 garisan positive terbentuk pada UPT kit



12 April 2011.Selasa
1st Checkup 5 weeks @ Klinik Hartati.
Syukur Ya Allah.Mama dah mula nampak sayang.



28 Mei 2011.Jumaat
2nd checkup 12weeks @ Klinik Botanic.
Subhanallah.Teruja yang amat bile mama dpt tgk jantung sayang mula berdegup. Alhamdullilah , syukur sayang sihat. Mama yang kurang sihat.tapi tak apa mama akan jadi kuat untukmu sayang.


8 Jun 2011
sudah minggu ke15 anugerah Allah yang tidak ternilai ni menemani mama.
janin bernyawa yang hidup bersama setiap masa.
sepatutnya trimester yg kedua keadaan semakin pulih..
tp apakan daya, mama xkuat sayang.
masih lagi mengalami morning sickness.
dan masih lagi menitiskan air mata bile selesai muntah.
bukan sakit tp ape perasaan yang menyelubungi jiwa seorang ibu.mama pon kurang pasti.pilu hiba sgt rasanya bile semuanya keluar.

"YA ALLAh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, kuatkanlah hambamu yg lemah ini Ya Allah...
aku mohon kau berikan kekuatan kepada saham amanahMu ini supaya memperoleh kesihatan yang baik dan sempurna sifatnya walaupon ibunya sangat hina lagi lemah Ya Allah.
Berilah dia kekuatan iman dan taqwa di dunia dan akhirat kelak.Ku mohon supaya anak ini menjadi anak yang soleh.Semoga aku dapat meniti memimpin tangannya bersama menuju ke pintu syurga berjumpa Rasullulah dan mentap wajahmu YaAllah.Amin.


sayang, InsyaAllah mama akan lawan dan buat yang terbaik untuk mu sayang.

Sunday, April 17, 2011

Syukur yang amat

Alhamdullilah...Alhamdullilah..Alhamdullilah..
rezeki yang tidak ternilai dari-Nya. Syukur Ya -Allah.


entry ini di tulis dikala air mata tak henti-henti mencurah..
sangat sensitif sekarang. air mata dek kerna xtahan membaca kesah si ibu cekal..
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
Kau kurnialah kesihatan yang baik buat anak ku Ya Allah.

Friday, March 18, 2011

ikan oh ikan..

cuti sekolah kali ni mmg xde plan kemana2.
hubby kena attend course seminggu.
so terpaksa la puan isteri memerap kat umah.
1 week fulltime housewife..hoho =p

blk kg pon wekend je,
kena bergilir- gilir, so nak fair minggu ni balik kuala,
minggu depan balik t.intan =)
dah kawen banyak btul benda kena bertolak ansur kn..
kalau tak, bukak kelas tinju la jd nya..hakhak..


aktiviti di cuti sekolah selain fulltime housewife,
aku jd peneman setia hubby di kolam ikan..
emm hubby tgh gian memancing kt kolam.
ari tu balk kuala, 2 kali dia menuntut ilmu.tp tiada hasil..
balik klang, sambung lg kt jalan kebun.
mlm ke2 kt jalan kebun.

taraaa baru la ade hasil.ikan rohu.
aku yg excited telebih..
yg xbest..bile nak blk nnt..
aku ke yg kena berperang kt dapur =(
tapi malam tuh ade org tuh sgt2 luar biasa, saat yg paling best bile..jeng.jeng..
\(^_^)/




tenkiu2..kalo cm ni tangkap ikan tiap2 ari pon xpe kalau ade yg sudi tolong siang ikan yg besar2 ni..sisik die gile susah kot nk buang ..huhu

Monday, March 14, 2011

misi cuti sekolah

yeayy ... cuti sekolah datang lagi \(^_^)/
rasanya baru je cuti panjang raya cina ari tu ,skang dh cuti lg..
oh masa cepat nya berlalu..
budak2 suke, tp cikgu2 lagi suke.
suke kuasa dua..hihi
itula nikmatnya jadi cikgu =p
sampai boring xtau nak wat ape bila cuti panjang sgt..
kononnya misi cuti ni nk buat foto corner kat hall.
tapi no budget =p..so kena usha2 je dulu frame ngan wall shelves ..hihi..


teringin nak ada wall frame yang macam ni.. dh survey kt internet harga dia dalam 200-300 , tp kalo kt uptown mesti murah lg kan =p


frame hitam putih mcm ni pon nice jgak =)


storage putih kt wall tu pon mcm menarik



kawan-kawan, minggu lepas kuar offer DPLI/ KPLI,
mana2 yg berkesempatan mengisi borang, gud luck okeh
insyaAllah kalau korg mmg ditakdirkan untuk 'mendidik anak bangsa',
jadi mcm cekgu kiah ni ha..rezeki korang tetap ada =)
so then dont give up, pray for our best!!

Sunday, February 27, 2011

sunday blues ...

wekend yg xreti duduk diam..hakhak
makanya terpaksalah mencari idea untuk bersosial di luar,
boleh meroyan rasanya kalo sehari xkuar rumah,
no wonder la kan sbb org kata kalo ade tahi lalat kt tapak kaki mmg kuat berjalan orgnya.dua2 ade sejemput bintik itam tu okeh..
patut la pon..hakhak..

aku ishtiharkan langkah penjimatan telah bermula dr saat ini..hihi.
so plan baik punya outdoor yg tak perlukn ongkos yg banyak..
seawal 6pg dh bangun sediakan bekalan.[kata nk jimat kn..wakakaka]
megi goreng + hotdog + scramble egg + hash brown =)

rm3 per entry nak masuk bukit cerakah,dh lama dh tak pegi, last pon dulu masa sekolah menengah kot..tu pon ikut rombongan sekolah..hihi
sampai pukul 8 pagi, dh ramai gile orang beratur ..padahal gate bukak kul 9.
huh..sumenye semangat nk berebut basikal sebenarnya.

saat menanti kebukaan kepintuan gate


gile panjang orang beratur nk cop 'gerek'

plan asal nk berbasikal n memancing.
tp terpaksa cancel kan plan nk men basikal ala2 sweet couple korea la konon.
sbbnya, sewa basikal per hour= rm10..
kami nak ke empangan yg paling hujung, maybe amik masa 4-5 jam kot. sbb nk lepak mancing kat sana..
last2 decide naik bus je.lagi cepat n free of charge [jimat kuasa dua].haha.



bekalan untuk memancing =)

Friday, February 25, 2011

Suprise dari si dia \(^_^)/


minggu lepas kami ke terengganu..
saje jalan2 cari makan ikut hubby o/s kt kenyir.
kebetulan keje di hari minggu kan, so dapat la aku ikut.wee..suke2 \(^_^)/


8.00pm sampai kat kuala berang, trus checkin homestay "Impian Anggerik".
frust ok, ikut g keje jauh2, hubby bawak tido kt homestay je =(..
alasan sbb dekat dgn tmpat keje die.ok la..nvm.itu pon dh kira hotel/ homestay yg terbaik kt K.B..

hari pertama: hubby g keje.so aku terperuk je la dlm bilik..keje hubby xleh nk jalan sgt so ptg tu kami trus ke K.Terengganu..kononnya nk cr baju tuk dinner, aku dh mula cuak sbb xpenah join dinner die.huhu.pusing K.T, singgah taman tamadun islam pas tu lepak- lepak kt resort riyaz heritage kt pulau duyung.

sambil lepak hubby tanya,
hubby: kite nk tido mana ari last nnt?
aku : xkesah, sri malaysia pon xpe, sbb sebelah pasar payang kn.nnt syg boleh jln kaki je g shopping..hehe [pada hal dalam ati "huaaa aku nk tido resort yg best ni" tp kesian kt die, mhl sgt]




ri-yaz heritage marina resort & spa


hari kedua: keje hubby setle. so t/hari trus gerak ke K.T..boleh checkin hotel baru..hehe i like! xkesah la mana- mana hotel pon janji senang aku nk shopping batik nnt kn..
sekali die bawak ke resort yg kami duk lepak semalam tu, ingat kn die nk pusing2 je.skali trus ke lobi..aku terdiam..senyum sampai ke telinga..haha..dh rest kejap trus ke pasar payang shopping batik sbb sok kami nk gerak balik pagi2.



patutla hubby ajak tidur kt resort ni, sbb dinner kat sini.so senang la kami nk pegi..kul 8malam, get ready 4 dinner ..

sampai kt verandah restaurant aku pon duk tercari-cari mana orang TNB..xde pon majlis formal kt sini. OMG rupa-rupanya dinner ni hubby yg arrange ,xde kaitan langsung dgn keje..huaaa aku kena tipu mati2..hubby wat supprise candle light dinner tuk kami berdua rupanya..pttla selama ni dia diam je bile aku ckp pasal anivesary kami yg ke 5 BULAN..hakhak.. rupanya dia dh plan baik punya.booking resort n dinner masa kt penang lg..♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥


a suprise candle light dinner from him, mode:dalam hati ada taman..hihi



seriously im so touching..hampir mengalirkan air mata.tambah plak bile ade sorg mamat tu dtg kt meja kami main gitar ..aku dh mula nk nangis okeh..huhu..
abg, There is one thing that will never change. . . I will always keep falling in love with you.thnx so much darling..buat la suprise lg.hehe=)

Wednesday, February 2, 2011

Flamming steamboat

jumaat lepas hubby ajak makan steamboat kt sunway.
so aku ikut je..xtau steamboat mana dia nk pegi..
rupa2 nye nk g tempat yg kitorg plan nk mkn dgn along ari tu.

sampai2 je penuh sesak org.parking pon sampai 5hinggit.
pada hal restaurant biasa je.. so layan je la.nk tgk best sgt ke
'Flamming Steamboat' yang dicanang-canangkan.



credit dis pic from web site flamming =)



masuk2 restaurant je aku dh teruja tgk org amik aiskrim celup2 dgn chocolate..
emmm yummmy!!

seb baik ada meja .so kami xyah tunggu lama.
mmg buffet dia lagi best kalo nk bandingkn dgn restaurant nelayan
ngan tupai-tupai..hubby la ckp.sbb aku xpenah makan pon kt tupai2 tu..hihi.
kt sini lagi banyak choice.
harga dia pon not bad...dewasa rm25.ok la kn..
korg mkn la sampai meletop perut tuh..tp kdg2 dia limit kan 2 jam je kalo ramai sgt.



turn hubby masak..kat rumah dia dh automatik xtau masak kn =p





seronok tgk org mkn sampai penuh atas meja depa ..tp beza dgn aku, sket je kan.hanya mampu tgk org mkn je.perut kecik.xmampu nk try sume mknn kt situ..hikhik. .



haa..ni la aiskrim celup2 tu..tp perut dh full.aiskrim ni pon amik wat syarat je..hehe



so mmg tip top la..xrugi kalo korang try. =)
salam jalan-jalan cari makan.=)

Tuesday, January 25, 2011

hotchat...

seronok topik hotchat kat hotfm pagi td..
yang xbestnya aku sempat dengar sket je.sampai sekolah trus off.
baru nak tau blog sape yang diorg canang2 kan tuh..
tup2 bile google len plak yang dapat..
panas plak pasal redmummy
sume yang dengar / baca mesti blink2 matanya kan bile tau boleh gain money via blog..
aku pon baru nak blaja.hihi

topik yang menyimpang sedikit banyak =p


just having a great moment wif BFF time usm dulu..
us @ dataran s.alam



sgt2 terharu apabila nk berkelah ala2 cinderella tercapai lagi.
berkelah di padang di tgh malam2..hehe..i liokeeee!!
plan awal nk suh wa n min dtg rumah dulu, tup2 diorang tersesat trus masuk highway LKSA.
nak xnak terpaksa la kami gerak ke s.alam terus.
xdpt kelah di tgh mlm, tapi asal nampak bulan bintang pon jadi la kan. =p



redeem kupon dominos yg suka sampai lambat ke umah.more than 30 mins get 1 coupon =)dh 2x berjaya =).tp yg kali ni siap goda2 adik tu nk kupon, dia dh xnk kasi dh =(...




i'm very proud of u guys.. 3 dara pingitan yg sedang melangkah ke alam ' permanent head damage' hakhak..aku je yg sambung amik diploma.time diorg amik master..aku sebuk amik sijil kursus kawen.keke

kami di tioman =)


in memory =)


baru sampai jeti mersing



sun beach resort


sunset view





@ kg tekek




makan2..


this is the best..=)


lepaking @ borak2 cafe..slurpppp



dh nak balik =(




Wednesday, January 5, 2011

trip to Tioman

akhirnya mood untuk menulis kesah Tioman dtg jugak..
pelik btul la..dulu bila jiwa tgh kacau bilau,smngt nk menulis pon laju je.
tp skang dh tebalik..kena cr mood dulu.huhu

hmm..
kami pegi via travel agent..tu pon unplan jgak.
terbook pakej Tioman masa g KLMS ari tu.
ye la.monsun2 cm ni nk jln mana2 pon takut,
tetibe agent tu ckp Tioman mmg xkena monsun..
konfident je dia, so kami pon terkonfident kuasa dua la trus byr deposit rm50..huhu
hubby amik cuti dr 22-29hb.
23 kna check-in resort.

22hb 12: hujan nonstop kt k.l. kami dh cuak gile la. nk cancel dh xbleh, hubby dh buat fullpayment kt agent tuh. so rugi la takut burn duit tu kan. cuti pon dh apply.
risau gile,br terpk nk check kt website meteorologi..gile, tiap2 ari ribut petir..
sedey gile la time bace kaji cuaca tuh.
so beserah,aku siap solat hajat lg tuh.hehe..
kami bertolak pukul 1pagi. sampai kt mersing kul 6.30pg.hujan nonstop =(
pas solat subuh round kt jeti mersing, mmg laut bergelora,ujan pon masih renyai2 lg.
fery kami pukul 10.30.Alhamdullilah dh nampak sang matahari..mmg hepi sgt2.
+/- sampai kt resort pukul 1 t/h. resort kami kt kg Genting, jeti yang pertama ferry tu stop..mmg plan untuk tidur je smpai ptg. sbb mlm td dh berjaga sepanjang malam..so mlm kami lepak2 kt cafe. trus tidur sbb sok schedule pack.get ready nk ber'snorkeling' esok. mlm pertama tidur di atas deruan ombak.mcm2 dlm kepala.mmg best dgr bunyi ombak tp tetibe teringat tsunami..huhu

23hb 12: snorkeling trip. Ya allah, aku besyukur sgt, kalau ikut kajicuaca tu pagi di ramal hujan. tp hari ni mmg la mcm nk mendung dh. tp time kami dh nk start snorkelling kt pulau rengis, mmg cun gile cuaca dia. kami di layan mcm vip sbb kami je yg join trip tu ari ni.segan pon ade.hehe..1st time snorkeling kt dlm laut, cuak pon ade bila nampak sea porcupine merata2 kt bwh tu. aku duk kalot pegang tgn hubby je..nk bg mkn pon takut, bile ikan tuh tahap kebulur nmpak roti.hehe..tp serius mmg sgt teruja tgk ikan cantek2 kt situ.kalau time bukan monsun rasa lg cantik coral2 kt bwh tuh sbb dpt spotlight lg best..Subhanallah...tapi yg xbestnye camera waterproff kami xde bateri. so xdpt la nk tangkap gambar coral2 yang sgt cantek itew..=( abes kt pulau rengis kami singgah kt kg Tekek. snorkeling lg.kt sini pon bnyk ikan cuma xde coral la.but really enjoy =)









24 hb 12: bgn awal sbb ferry pickup kami kul 7.30. after breakfast trus ke jeti. Hujan dh mula turun.naseb baik kami dh nk blk dh.8.15 pg baru ferry sampai..hujan kot, tu sbb lambat sampai.10 am safely arrived at Mersing..Alhamdullilah.really en joy this vacation..next trip ke perhentian plak ye..so misi tahun baru mahu mengumpul duit untuk bercuti.yuhuuuu!!! no shopping =(


* more pics willbe uplod later k.. sbb laptop geleng2 sakit processor rosak..sume gambar dlm tuh..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...