..

Saturday, October 7, 2006

SeinDAh hiAsan...truE!!!

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat
agama,




Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan
kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada
akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan
luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan
zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat
Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi
yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih
berpengetahuan
darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas
kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan
jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan
terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan
agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

2 comments:

Machina said...

Indahnya dunia ini jika setiap insan mengetahui, memahami & mengambil pelajaran dari apa yang saudari nukilkan kat atas.hehehe..

SPECKY said...

hmnn..boleh tahan...insaf aku ni...insyaAllah...samer2 kiter doakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...